Langkau ke kandungan utama

BANTUAN RM300 SEBULAN : PERMOHONAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025


RAKYAT MISKIN AKAN TERIMA BANTUAN RM300 SEBULAN MULAI FEBRUARI 2025

Bermula Februari depan Kerajaan negeri akan memberikan Sumbangan sebanyak RM300 sebulan yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 rakyat dalam kategori miskin dan miskin tegar.


Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Pihak Kerajaan Sabah telah meluluskan pelaksanaan yang membabitkan pengagihan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada golongan B40 dan M40 di negeri itu yang dijadual akan bermula bulan depan.

Ini adalah inisiatif baharu yang dilaksanakan Pihak Kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup untuk golongan B40 dan M40 menerusi pengagihan bantuan sebanyak RM300 sebulan selama setahun dengan peruntukan RM358.5 juta.

APAKAH ITU BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH?

Bantuan Khas bagi Rakyat Sabah adalah Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta Menerusi Belanjawan Sabah 2025 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Inisiatif bantuan ini adalah bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Sabah dan mengurangi bebanan kewangan yang dihadapi khususnya oleh golongan miskin dan miskin tegar.

Sebanyak RM300 dalam tempoh setahun akan diagihkan secara bulanan kepada ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas berstatus miskin dan miskin tegar

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Program bantuan Sabah akan dilaksanakan secara berperingkat dalam bentuk pakej bermula Februari 2025

*Nota: Tarikh rasmi akan diumumkan sendiri oleh Menteri Sabah, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah mengikut kategori seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA BANTUAN SABAHJUMLAH BANTUAN (RM)
Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar
(Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas)
RM300
(Sebulan)

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN

Panduan Permohonan Bantuan seperti berikut:

1. Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM):
  • Pegawai di UPPM akan membantu pemohon bagi memproses data dokumen dan memastikan maklumat pemohon lengkap sebelum dihantar.
  • Pemohon boleh mengunjungi pejabat UPPM di berhampiran bagi mendapatkan borang tersebut.
2. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK):
  • Pemohon boleh berhubung atau mengunjungi JPKK di kawasan anda bagi mendapatkan bantuan dan panduan berkaitan proses permohonan.
3. Ketua Kampung:
  • Anda juga boleh melalui Ketua Kampung kawasan bagi memastikan pemohon layak mendapat maklumat tentang program ini. 
  • Mereka akan membantu anda dalam mengesahkan permohonan bantuan.
4. Pengesahan dan Kelulusan:
  • Pastikan pemohon menyerahkan semua dokumen sampingan yang diperlukan seperti salinan MyKad, slip gaji (jika ada), dan maklumat pengesahan pendapatan.
  • Semua permohonan akan disemak semula oleh pihak berwajib tempatan sebelum ianya diluluskan.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN

Syarat dan Kelayakan Bantuan ini adalah seperti berikut:
  1. Warga Malaysia (Rakyat Sabah); harus
  2. Kategori Miskin dan Miskin Tegar; dan
  3. Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.

PENAFIAN DAN RUJUKAN

Pihak website kami hanya sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada anda, tiada sebarang pembayaran yang pihak kami kenakan kepada anda. Sebarang pertanyaan lebih lanjut, anda boleh berhubung pihak berwajib berikut.

MAKLUMAT LANJUT PSKR 2025

Untuk mengetahui info semasa, sila merujuk senarai artikel dibawah :

Ulasan