Langkau ke kandungan utama

SEMAKAN STATUS

STATUS SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025

Sumbangan Tunai Rahmah ini atau (STR) adalah salah satu usaha kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, khususnya bagi golongan-golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Inisiatif ini juga, yang merupakan sebahagian daripada Bantuan-bantuan kerajaan Malaysia, bertujuan untuk memberi sokongan kepada rakyat khususnya kumpulan B40 (golongan berpendapatan rendah) dan M40 (golongan berpendapatan sederhana) dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Melalui (STR), kerajaan dapat menyediakan bantuan tunai secara langsung yang diharapkan boleh membantu keluarga-keluarga yang memerlukan, termasuklah dalam menghadapi beban kos persekolahan anak-anak dan perbelanjaan harian.

KAEDAH PEMBAYARAN STR 2025

Terdapat (2) cara penyaluran untuk penerima menerima bantuan bayaran STR 2025 tersebut:
  1. Pergi ke Cawangan BSN: Untuk pemohon yang tidak memiliki akaun bank, pembayaran boleh dibuat atau dituntut melalui tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
  2. Penyaluran Terus ke Akaun Bank: Untuk yang mempunyai akaun bank, wang sumbangan STR akan dimasukkan terus ke akaun bank Anda atau pasangan Anda.

STATUS PERMOHONAN STR 2025

Terdapat beberapa status yang akan dipaparkan setelah permohonan STR 2025 disemak:

a) Permohonan Diterima: Permohonan yang diterima dan berada di dalam status dalam proses verifikasi. Pemohon boleh membuat mengemaskini kembali makluman sehingga status berubah menjadi (Dalam Proses).

b) Dalam Proses: Permohonan sedang menjalani proses verifikasi untuk memastikan kelayakan penerima bantuan.

c) Lulus: Permohonan telah disahkan memenuhi syarat kelayakan, selepas proses semakan selesai.

d) Tidak Lulus: Permohonan tidak memenuhi syarat kelayakan. Pemohon yang statusnya (Tidak Lulus) boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) untuk mengetahui alasan penolakan dan dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa membuat rayuan semula.

PANDUAN SEMAKAN

Bagi mereka yang ingin mengetahui status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, berikut adalah langkah-langkah semakan:
  1. Log Masuk portal MySTR: Portal rasmi MySTR:Masukkan nombor MyKad pemohon.
  2. Pengesahan Kata Laluan Keselamatan:Sahkan kata laluan keselamatan yang telah didaftarkan.3. Maklumat yang Dipaparkan: Setelah berjaya log masuk, pemohon akan melihat makluman seperti berikut: Nombor MyKad Pemohon - Status Permohonan - Maklumat Pembayaran (jika layak) - Nama Pemohon
  3. Semakan Pembayaran:Klik pada menu (Semakan Pembayaran) dan masukkan kata laluan untuk mendapatkan status pembayaran.

PENAFIAN DAN RUJUKAN

Dapatkan rujukan perincian makluman terbaru Mengenai STR 2025. Untuk mengetahui makluman lebih lanjut tentang STR 2025, termasuklah kemaskinian terkini, pemohon boleh merujuk kepada portal rasmi (MOF) berikut:

MAKLUMAN LANJUT PERINCIAN MENGENAI STR 2025

Sebarang kemaskini dan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan diumumkan dari semasa ke semasa. Pastikan pemohon mengikuti perkembangan terkini dan terbaru melalui platform rasmi kerajaan untuk informasi terperinci yang lebih cepat dan tepat.

Dengan pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat Malaysia, memberi sokongan kepada keluarga yang memerlukan, dan memastikan kesejahteraan ekonomi golongan yang terkesan.

Ulasan