Langkau ke kandungan utama

BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN RM300



BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN RM300 

Mulai Februari 2025, Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah menawarkan bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada ketua isi rumah yang berkelayakan, termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas. Program ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang bertujuan bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri tersebut.

Bagaimana Kaedah Semakan Status Kelayakan Bantuan Rakyat Sabah 2025? Ikuti Kaedah Dan Info Berikut Dibawah.

BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA

APAKAH ITU PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SKRS) adalah sebuah inisiatif kerajaan Negeri Sabah, bertujuan bagi memberikan bantuan kepada yang memerlukan terutamanya golongan yang kurang berkemampuan. 

Program ini diharap dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Sabah serta membantu mengurangkan beban kos sara hidup dalam menghadapi cabaran ekonomi seharian. Selain itu, (SKRS) juga merupakan usaha Kerajaan bagi memperkukuhkan hubungan bersama rakyat dengan memberikan bantuan langsung kepada yang memerlukan.

SYARAT BANTUAN SABAH

Syarat kelayakan penerima bantuan adalah terdiri daripada berikut:
  1. Pendapatan: Ketua isi rumah atau ahli keluarga hendaklah tergolong dalam kategori B40 atau M40.
  2. Warganegara: Penerima hendaklah berstatus rakyat Malaysia yang lahir dan menetap di Sabah.
  3. Had Umur: Penerima hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas.
  4. Alamat Tetap: Pemohon hendaklah mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Negeri Sabah.

JUMLAH BANTUAN SABAH

Kadar bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM300 sebulan selama setahun.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH

Pelaksanaan bantuan ini adalah dalam bentuk pakej, akan bermula secara berfasa pada Februari 2025

Walau demikian, tarikh rasmi akan diumumkan dari semasa ke semasa apabila diumum nanti.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH

Buat masa ini pihak Kerajaan Negeri Sabah belum membuka sebarang portal rasmi bagi semakan status penerima yang layak.
Diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

PENAFIAN DAN RUJUKAN

Pihak kami hanyalah untuk memudahkan jangkauan orang ramai mengenai update terkini berkenaan bantuan-bantuan kerajaan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lebih lanjut berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 ini, anda boleh membuat rujukan kepada pautan laman rasmi dibawah:

Ulasan