SYARAT-SYARAT DAN PANDUAN PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, bersama dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan lain seperti sokongan untuk persekolahan anak-anak, adalah langkah kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Inisiatif-inisiatif ini khususnya ditujukan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, bagi memastikan kehidupan yang lebih selesa dan terjamin.
1. Isi Rumah:
APAKAH ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada program Bantuan Rahmah.
Program ini bertujuan untuk membantu golongan B40 dan M40, iaitu mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
STR adalah salah satu daripada langkah kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam aspek kewangan.
1. Pergi ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara terus:
Program ini bertujuan untuk membantu golongan B40 dan M40, iaitu mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
STR adalah salah satu daripada langkah kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam aspek kewangan.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN
Permohonan STR bagi Fasa 1 2025 akan ditutup tepat tarikh 30 November 2024. Walaupun permohonan fasa yang seterusnya akan terus dibuka sepanjang tahun. Pastikan anda memohon sebelum tarikh tutup bagi fasa pertama.
KAEDAH PEMBAYARAN STR
Bagi penerima STR 2025, bantuan tunai akan disalurkan melalui dua kaedah berikut:
- Untuk kategori yang tidak mempunyai akaun bank, Anda boleh membuat tuntutan langsung secara tunai di cawangan bank BSN yang berdekatan Anda.
- Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, wang bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
CARA MEMOHON STR 2025
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024 dan memenuhi kelayakan boleh membuat permohonan secara dalam talian atau secara manual:
- Permohonan Secara Dalam Talian: Pemohon boleh mengisi borang permohonan STR 2025 secara dalam talian melalui portal rasmi di sini: Portal STR 2025.
- Permohonan Secara Manual: Pemohon juga boleh mengemukakan borang permohonan secara fizikal di pejabat HASiL terdekat. Anda boleh merujuk Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL untuk mendapatkan maklumat mengenai waktu operasi pejabat.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR 2025
Untuk permohonan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, Anda haruslah memenuhi syarat mengikuti jenis golongan tertentu. Berikut adalah perincian kelayakan mengikut kategori tertentu:
1. Isi Rumah:
- Pemohon mestilah sudah mempunyai pasangan atau berkahwin, atau tunggal, janda, balu atau duda bersama memiliki anak-anak juga yang memenuhi syarat-syarat kelayakannya ; dan
- Pendapatan haruslah tidak melebihi RM5,000.
- Pemohon mestilah bujang atau ibu/bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat ; dan
- Pemohon perlu sekurang-kurangnya berumur 60 tahun atau lebih, dan Pendapatan tidak melebihi RM5,000.
- Pemohon mestilah bujang, atau ibu/bapa tunggal, balu, janda, atau duda tanpa anak yang memenuhi syarat ; dan
- Pemohon harus berumur antara 21 hingga 59 tahun.Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 19 tahun ke atas juga layak memohon ; dan
- Pemohon tidak boleh merupakan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS, dan Pendapatan pemohon mestilah tidak lebih daripada RM2,500.
*Nota : Untuk individu berumur 21 tahun ke atas (termasuklah OKU berumur 19 tahun ke atas) dan masih lagi belajar di IPTA/IPTS, Anda hanya diperbolehkan permohonan mengikut golongan isi rumah dan tidak diperbolehkan memohon sebagai individu bujang.
PENAFIAN
Bagi individu OKU saya tidak membuat perincian, jadi! ("TIDAK PASTI") sila buat rujukan di portal atau di mana-mana platform yang sedia ada atau rujukan langsung di portal rasmi (STR).
MAKLUMAT LANJUT STR 2025
Maklumat terkini mengenai STR 2025 akan dikemas kini dari masa ke masa. Untuk mendapatkan info terkini, pemohon boleh merujuk kepada saluran rasmi berikut:
- Facebook rasmi: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi (MOF) : https://belanjawan.mof.gov.my/
Ulasan