Langkau ke kandungan utama

TARIKH BAYARAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA



TARIKH BAYARAN BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA

Berita gembira bagi rakyat Sarawak! Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah memperkenalkan satu inisiatif kewangan terbaru yang dinamakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah yang terkesan dengan peningkatan ekonomi semasa.

Bagaimanakah Kaedah Tarikh Bantuan Keperluan Asas Sarawak 2025? Ikuti Kaedah Dan Info Berikut Dibawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025, RM250 & RM400 & RM800

APAKAH ITU SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS) 2025

Kerajaan Sarawak telah melancarkan inisiatif terbaru yang dikenal sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM450 juta bagi membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.

SKAS adalah bantuan kewangan tanpa tunai atau digital yang boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global bagi membuat pembelian barangan asas keperluan harian tanpa tunai.

Menurut Ketua Menteri Abang Johari, bantuan SKAS yang diperuntukkan sebanyak RM450 juta bagi tahun ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 850,000 penerima.

SYARAT PERMOHONAN SKAS 2025

Pemohon yang layak mestilah terdiri daripada kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’:
  • Beralamat dan menetap di Sarawak.
  • Tersenarai dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan data yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
2. Isi Rumah:
  • Berkahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Janda/Duda/Balu yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
  • Pendapatan hendaklah RM5,000 dan ke bawah.
  • Tiada had umur.
3. Bujang:
  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Janda/Duda/Balu yang tidak mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan hendaklah RM2,500 dan ke bawah.
  • Had umur 21-59 tahun.
  • Bujang Orang Kehilangan Upaya (OKU) berusia 19 tahun ke atas.
  • Bukan pelajar sepenuh masa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
4. Warga Emas:
  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Janda/Duda/Balu yang tidak mempunyai anak.
  • Pendapatan hendaklah RM5,000 dan ke bawah.
  • Had umur 60 tahun dan ke atas

KADAR SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS)

Amaun yang akan diterima adalah yang diluluskan seperti kategori berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENDAPATANKADAR BANTUAN
Isi RumahRM5,000 dan ke bawahRM800
BujangRM2,500 dan ke bawahRM250
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM5,00 dan ke bawahRM400

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARAWAK SKAS 2025

Pembayaran bantuan adalah mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :

Tarikh pembayaran bermula dari : 18 Februari 2025.

Kaedah bayaran bantuan akan : Dikreditkan terus ke dalam akaun S PAY GLOBAL atau Baucar digital.

*Nota : Penerima digalakkan memastikan bahawa akaun S PAY GLOBAL adalah telah dikemas kini maklumat peribadi dan berada dalam aktif bagi menerima bayaran tanpa sebarang masalah.

PANDUAN SEMAKAN STATUS BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Berikut panduan semakan bantuan penerima adalah seperti dibawah:
  1. Lawati laman sesawang Kerajaan Sarawak : https://sarawak.gov.my.
  2. Klik pada pautan “Semak Kelayakan Bantuan SKAS”.
  3. Klik Log Masuk Menggunakan Sarawak ID : Masukkan Sarawak ID dan kata laluan. Jika belum mendaftar, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman tersebut.
  4. Masukkan Maklumat Peribadi Anda.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan bagi menyemak status.
  6. "Selesai"
Status akan memaparkan : Maklumat Bayaran (Jika layak). Jika anda tidak layak, akan diberikan langkah-langkah seterusnya.

PERMOHONAN ATAU RAYUAN SKAS 2025

Jikalau merasa anda layak menerima bantuan tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima SKAS, permohonan rayuan boleh dibuat seperti berikut:
  • Tempoh Rayuan Semula : 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025.
  • Keputusan Rayuan : Diumumkan Tarikh 1 Jun 2025.
  • Kaedah Permohonan : Secara online melalui laman rasmi: https://sarawak.gov.my.

PENAFIAN DAN RUJUKAN

Pihak website Kami sekadar memberi informasi tentang Sumbangan Keperluan Asas Sarawak untuk berkongsi kemudahan jangkauan orang ramai, Sebarang info lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh membuat rujukan kepada pihak berwajib di bawah:
Untuk sebarang pertanyaan mengenai S PAY GLOBAL, anda boleh berhubung pihak berwajib di talian: 
  • Fax. +6082-224599 ; atau
  • emel : customerservice@spayglobal.my.

Ulasan