Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN RM250 & RM400 & RM800



BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN RM250 & RM400 & RM800

Terbaru, Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan bahawa Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan kepada mereka yang berpendapatan rendah dalam masa terdekat. Dalam menghadapi perkembangan zaman yang semakin moden, pelbagai inisiatif bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Warga Sarawak yang mempunyai kad pengenalan "K" kini berpeluang untuk memohon SKAS 2025 secara atas talian bermula dari 1 Februari hingga 31 Mac 2025.

Bagaimanakah Kaedah Bayaran Bantuan Keperluan Asas Sarawak SKAS? Ikuti Kaedah Dan Info Berikut Dibawah.

BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN KEWANGAN KHAS PENJAWAT AWAM : SEMAKAN STATUS SECARA ONLINE

APAKAH ITU SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS) 2025

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025 merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak kepada rakyat yang memerlukan, terutamanya golongan berpendapatan rendah, untuk membantu meringankan beban mereka dalam memenuhi keperluan asas harian dan bertujuan bagi memperkasa kesejahteraan rakyat Sarawak, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat

Program ini diberikan dalam bentuk barangan asas seperti makanan, perubatan, pendidikan, dan lain-lain keperluan yang menyokong taraf hidup yang lebih baik bagi rakyat Sarawak dan bantuan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban golongan yang terkesan.

SYARAT PERMOHONAN SKAS 2025

Pemohon yang layak mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’:
  • Beralamat dan menetap di Sarawak.
  • Tersenarai sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan data yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
2. Isi Rumah:
  • Berkahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Janda/Duda/Balu yang memiliki tanggungan (anak/ibu bapa).
  • Pendapatan mestilah RM5,000 dan ke bawah.
  • Tiada had umur.
3. Bujang:
  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Janda/Duda/Balu yang tiada tanggungan.
  • Pendapatan mestilah RM2,500 dan ke bawah.
  • Had umur 21-59 tahun.
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 19 tahun dan ke atas.
  • Bukan pelajar sepenuh masa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
4. Warga Emas:
  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Janda/Duda/Balu yang tidak memiliki anak.
  • Pendapatan mestilah RM5,000 dan ke bawah.
  • Had umur 60 tahun dan ke atas

KADAR SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS)

Jumlah yang bakal diterima adalah mengikut kategori penerima yang diluluskan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENDAPATANKADAR BANTUAN
Isi RumahRM5,000 dan ke bawahRM800
BujangRM2,500 dan ke bawahRM250
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM5,00 dan ke bawahRM400

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARAWAK SKAS 2025

Penyaluran bantuan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :

Tarikh bayaran bermula : 18 Februari 2025.

Kaedah penyaluran bantuan : Dikreditkan terus ke dalam akaun S PAY GLOBAL / Baucar digital.

*Nota : Penerima diminta supaya dipastikan bahawa akaun S PAY GLOBAL adalah telah dikemas kini maklumat peribadi dan dalam aktif bagi menerima bayaran tanpa sebarang masalah.

PANDUAN SEMAKAN STATUS BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Panduan semakan bantuan bagi penerima adalah seperti berikut dibawah:
  1. Lawati laman sesawang Kerajaan Sarawak : https://sarawak.gov.my.
  2. Klik pada pautan “Semak Kelayakan Bantuan SKAS”.
  3. Klik Log Masuk Menggunakan Sarawak ID : Masukkan Sarawak ID dan kata laluan. Jika belum mendaftar, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman tersebut.
  4. Masukkan Maklumat Peribadi Anda.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan bagi menyemak status.
  6. "Selesai"
Paparan Status : Maklumat bayaran akan dipaparkan (Jika layak). Jika tidak layak, anda akan diberikan kaedah dan langkah seterusnya.

PERMOHONAN ATAU RAYUAN SKAS 2025

Sekiranya anda merasa layak menerima bantuan akan tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima bantuan SKAS, permohonan rayuan boleh dibuat seperti berikut dibawah:

Tempoh Rayuan Semula Permohonan : 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025.

Keputusan Rayuan : Diumumkan pada Tarikh 1 Jun 2025.

Kaedah Permohonan : Secara online melalui laman rasmi https://sarawak.gov.my.

PENAFIAN DAN RUJUKAN

Pihak website Kami hanyalah sekadar memberi info tentang SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK bagi memudahkan jangkauan orang ramai, Sebarang info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh merujuk kepada pihak berwajib di bawah:
Untuk sebarang persoalan atau pertanyaan terkait S PAY GLOBAL, anda boleh hubungi pihak berwajib di talian: 
  • +6082-224599 ; atau
  • emel : customerservice@spayglobal.my.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR