Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

BANTUAN KEWANGAN KHAS PENJAWAT AWAM : SEMAKAN BAYARAN SECARA ONLINE








BANTUAN KEWANGAN KHAS PENJAWAT AWAM : SEMAKAN BAYARAN SECARA ONLINE

PM atau Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan di bentangan 2025 bahawa kerajaan bersetuju bagi memberikan Bonus Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam gred 56 ke bawah.

Kerajaan juga mengumumkan beberapa peruntukan termasuk menyediakan lebih dari RM1.8 bilion untuk terus memelihara kesejahteraan penjawat awam bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam, membabitkan Kuarters Guru, Bomba, Anggota Polis, Doktor, Penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan kakitangan awam bagi terus memberikan komitmen terbaik selaras dengan ‘ganjaran’ yang diberikan.

Bagaimanakah Kaedah Semakan Status Bantuan Kewangan Khas Penjawat awam? Ikuti Kaedah Dan Info Berikut Dibawah.

BACA JUGA : BANTUAN WARGA EMAS RM600 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK MENERIMA BAYARAN

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan Skim Pembiayaan PerumahanMuda bagi penjawat awam berusia muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun.

FAEDAH BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM (BKK 2025)

Berikut perincian lebih lanjut kelebihan bantuan khas oleh JPA seperti dibawah:
  • Meluaskan dan memudahkan Skim Ex-Gratia bencana perkerja bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam di negara Malaysia.
  • Faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000 akan diberikan bagi bencana sewaktu berkerja mulai tahun 2025 kepada anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang kehilangan upaya kekal semasa dalam bertugas.
  • Bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak RM20,000 turut diberikan sebagai tambahan kepada pewaris bagi kes kematian bencana perkerja mulai tahun 2025.
  • Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500 berbanding RM500 mulai tahun 2025 termasuk kepada penerima sedia ada.

BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM (BKK 2025)

  • Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak akan menerima bayaran sebanyak RM500.
  • Pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen akan menerima bayaran sebanyak RM250.
Pemberian BKK ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.

TARIKH DAN KAEDAH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM

Penyaluran bantuan (BKK 2025) adalah seperti berikut:

Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan mula disalurkan pada 25 Februari 2025.

*Nota : Bantuan ini akan disalurkan pada 25 Februari 2025, dan menjadi tanggungan jabatan pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.

Bayaran bantuan (BKK 2025) ini akan diselaraskan dengan penyaluran gaji penjawat awam pada bulan tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR