Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

BANTUAN WARGA EMAS RM600 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK MENERIMA BAYARAN


BANTUAN WARGA EMAS RM600 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK MENERIMA BAYARAN

Peningkatan kadar jumlah BWE 2025 ini diharapkan dapat memberikan sokongan yang lebih besar kepada warga emas, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam memenuhi keperluan harian khususnya mereka yang tiada pendapatan tetap. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menambah baik Bantuan Warga Emas sebanyak RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan pada tahun sebelumnya. Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban kewangan sara hidup Warga Emas yang semakin meningkat.

Bagaimanakah Kaedah Semakan Status Bantuan Warga Emas Rm 600 Online ? Ikuti Kaedah Dan Info Berikut Dibawah.

BACA JUGA : 
SEMAKAN STATUS BANTUAN WARGA EMAS RM600 SEBULAN

APAKAH ITU BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Bantuan Warga Emas (BWE) adalah Bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) yang disediakan bagi menyalurkan sokongan kewangan kepada golongan Warga Emas yang memerlukan untuk membantu meringankan beban kewangan sara hidup Warga Emas yang semakin meningkat dan menjalani kehidupan dengan lebih baik dan selesa.

TARIKH BAYARAN BANTUAN BWE

Tarikh bayaran bantuan adalah seperti berikut dibawah:

Umumnya bantuan ini akan diagihkan sebelum 1O haribulan pada setiap bulan.

*Nota : Tarikh bayaran yang tepat akan diumumkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN BWE

Permohonan yang layak akan menerima bantuan setelah dijalankan siasatan penilaian pengesahan seperti berikut:

KATEGORI BANTUAN JKMJUMLAH BANTUAN
Warga Emas RM600
(Setiap Bulan)

KAEDAH BAYARAN BANTUAN

Penyaluran bantuan BWE boleh melalui kaedah berikut:
  • Pemohon yang layak akan menerima bantuan terus ke dalam akaun bank.

SEMAKAN STATUS BANTUAN

Pemohon boleh membuat semakan status bantuan setelah permohonan diterima bagi mengetahui status bantuan, adakah telah diproses atau belum dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon, sebelum membuat pengeluaran di bank ATM.

PANDUAN SEMAKAN STATUS BANTUAN

Semakan status permohonan bantuan boleh dibuat secara dalam talian seperti berikut:

Layari laman Rasmi e-Bantuan (JKM) di pautan berikut : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  1. Log masuk laman portal rasmi e-Bantuan JKM, Klik pada butang [Semakan Status].
  2. Masukkan nombor Kad pengenalan pemohon dan Klik butang [Semak].
  • Senarai akan memaparkan status bantuan yang telah dimohon atau sedang dalam penerimaan sahaja.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN

1. Warganegara Malaysia ;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas ; dan
3. Pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi:
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Semasa Purata bagi Miskin Isi Rumah ; atau
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Semasa Purata bagi Miskin Per Kapita.
4. Warga emas yang bukan tinggal di :
  • Institusi pusat jagaan JKM; atau
  • Pusat jagaan harian yang memberi kemudahan dan perkhidmatan secara percuma.
5. Selaras dengan senarai dengan (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Senarai 3 - Jadual Senarai Kesembilan Perundangan Malaysia.

PENAFIAN DAN RUJUKAN

Pihak website kami hanya ingin memberikan informasi Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan berkongsikan kemudahan untuk jangkauan orang ramai. Sebarang keterangan lanjut bantuan (JKM) 2025, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian, atau hubungi ibu pejabat JKM melalui:
  • Talian : 03- 8000 - 8000
  • E-mel : pro_jkm@jkm.gov.my

MAKLUMAT LANJUT JKM 2025

Sebarang perkembangan terkini mengenai bantuan (JKM), sila merujuk senarai laman portal rasmi dibawah:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR