Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

KEMASKINI BARU

Kemaskini dan Perincian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

Bantuan Kerajaan Malaysia agar dapat terus Mengurangkan Kos Sara Hidup Rakyat, Pihak Kerajaan Malaysia akan terus berusaha untuk meringankan berbagai jenis beban kos sara hidup rakyat, dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif bantuan kerajaan, termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 tersebut, dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), berserta bantuan tambahan seperti bantuan persekolahan anak-anak. 

Itu adalah tujuan utama inisiatif-inisiatif ini agar dapat mengurangkan beban rakyat, dan ianya untuk membantu golongan bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana, terutamanya mereka yang berada di dalam kategori (B40) dan (M40).

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah suatu inisiatif pihak kerajaan Malaysia, yang bertujuan untuk memberikan berbagai jenis bantuan kewangan secara langsung kepada golongan yang memerlukan, secara khususnya untuk mereka yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). 

STR juga adalah golongan sebahagian daripada berbagai Jenis-jenis Bantuan yang lebih besar, yang bertujuan agar dapat membantu rakyat Malaysia untuk dapat mengurangkan beban kewangan, terutamanya sekali di dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Bagaimana Cara Mengemas Kini Makluman STR 2025?

Untuk memastikan bantuan STR 2025 dapat disalurkan dengan lancar, pemohon juga diminta untuk mengemaskini maklumat-maklumat penting, seperti akaun bank atau maklumat peribadi, jika ada terdapat sebarang perubahan.

Kalau perlu Anda menambah atau mengubah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan Anda dalam borang permohonan tersebut, pastikan Anda membuat kemaskini secepat dan setepat mungkin.

Untuk mengetahui kaedah untuk mengemaskini sila pergi ke laman web rasmi MySTR, atau https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Untuk mengetahui Cara-cara mengemaskini boleh ke website kami check Disini!

Siapakah Yang Perlu Mengemas Kini Maklumat?

Bagi pemohon yang telah terdaftar di portal STR, Jika sekiranya terdapat ada perubahan di dalam maklumat tersebut, pemohon perlu mengemaskini semula permohonan untuk mengelakkan terjadinya sebarang masalah sewaktu dalam proses kelulusan.

I. KEMASKINI YANG DIPERLUKAN
  1. Kemaskini perlu jika maklumat Anda belum pernah dikemaskini dalam tempoh 3 tahun;
  2. Kepada pemohon yang belum pernah mengemaskini maklumat dari sejak pelaksanaan BKM 2022, STR 2023, atau STR 2024;
  3. disarankan agar mengemaskini permohonan mereka secepat mungkin.
II. TIADA KEMASKINI YANG DIPERLUKAN
  1. Jika pemohon yang tidak mempunyai sebarang perubahan maklumat tersebut, termasuklah Warga Emas atau penduduk pedalaman, yang tidak perlu untuk membuat kemaskini.
Jika permohonan Anda tidak tersenarai di portal STR, Anda segera perlu mengemukakan permohonan baharu.

Kaedah Pembayaran STR 2025

Bantuan STR 2025 akan disalurkan melalui dua cara pembayaran:

1. Walk-in ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN):
  • Pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, boleh menuntut baucer bayaran secara bersemuka di cawangan BSN yang berada di berdekatan.
2. Pengkreditan langsung ke Akaun Bank: 
  • Untuk pemohon yang mempunyai akaun bank, bantuan akan disalurkan langsung ke dalam akaun Anda atau akaun bank pasangan Anda.

Dapatkan maklumat rujukan terkini secara langsung Mengenai STR 2025 Untuk mengetahui makluman lanjut tentang STR 2025, termasuklah sebarang kemaskinian terbaru, pemohon boleh merujuk kepada saluran resmi seperti berikut:

Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Laman Web Rasmi STR: 

Untuk Membuat Kemaskini Baru Tekan Disini!

Untuk Mengetahui Cara Membuat Kemaskini Baru Tekan Disini!

Pastikan Anda sentiasa mengemaskini maklumat Anda dan mengikuti perkembangan terkini dan terbaru mengenai STR 2025, agar bantuan Anda dapat disalurkan dengan cepat dan tepat. Inisiatif seperti Bantuan 2025 adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban rakyat agar dapat mengatasi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR