Langkau ke kandungan utama

PLKN 3.0 PERMOHONAN PELATIH LATIHAN KHIDMAT NEGARA



Program Latihan Khidmat Negara PLKN 3.0 akan dilaksanakan Januari depan secara berfasa dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2026 di 13 kem di seluruh negara menurut timbalan Menteri Pertahanan Malaysia Adly Zahari.

Program pelatih yang dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Pahang melibatkan 500 peserta PLKN 3.0. Adly Zahari berkata PLKN 3.0 ini yang akan mengikuti modul pembelajaran adalah membabitkan perserta berumur antara 16 hingga 35 tahun.

PENGENALAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN 3.0)

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan pada Disember 2003, menawarkan latihan selama tiga bulan yang merangkumi modul-modul seperti membangun mental dan fizikal, modul kesedaran kenegaraan, pembentukan karakter, serta aktiviti khidmat komuniti.

Struktur Latihan Khidmat Negara PLKN meliputi latihan asas Ketenteraan modul ketahanan diri, aspek kepimpinan, keyakinan, latihan pandu arah, pembinaan kumpulan / pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, pengertian ikhtiar hidup, merempuh halangan, jungle tracking, menyeberangi sungai, pengenalan / pengertian senjata api.

Pembentukan karakter meliputi sejarah negara, Elemen Kenegaraan, kedaulatan dan maruah negara, isu negara dan antarabangsa, struktur dan sistem dunia, ancaman keselamatan, ketahanan mental dan sebagainya.

RINGKASAN SEJARAH PLKN

PLKN pernah dilaksanakan dahulu tetapi telah dihentikan pada tahun 2015 atas faktor perbelanjaan dan diperkenalkan kembali pada tahun 2016 yang dinamakan PLKN 2.0. Akan tetapi, pada 13 Ogos 2018 program ini dimansuhkan kembali oleh Mesyuarat Kabinet disebabkan disalahgunakan bagi tujuan Indoktrinasi kepentingan tertentu dan telah memaklumkan kos yang besar sekitar RM700 juta setahun.

IMBASAN SEJARAH PLKN

Pada 16 Februari : Program PLKN pertama kali dilaksanakan dengan melibatkan seramai 26,000 remaja.

Pada 2015 : Penangguhan sementara pelaksanaan PLKN bagi menjimatkan kos RM400 juta.

Pada tahun 2018 : Pemansuhan secara total oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pada 2025 : pengumuman pelaksanaan kembali PLKN oleh Kementerian Pertahanan dengan format yang baharu.

MODUL PELAKSANAAN SEMULA PLKN 3.0

Kerajaan Malaysia telah memutuskan bagi melaksanakan semula PLKN 3.0 dengan konsep dan format yang diperbaharui.

Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Pendidikan tinggi Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini akan dilaksanakan di kem Tentera Wataniah dan tidak mengambil waktu yang lama seperti dahulu. Terdiri dari Modul asas ketenteraan (30%) dan Modul asas kenegaraan (70%) akan diterapkan. 

PELAKSANAAN SECARA BERFASA

    Diperkenalkan pada pelajar peringkat sekolah Tingkatan 4 sebagai persiapan awal bagi melaksanakan latihan setelah berumur 17 tahun:

    1. Fasa Pra PLKN:
    • Pelaksanaan PLKN 3.0 akan dilancarkan secara berfasa.
    2. Fasa Latihan Asas Pra PLKN:
    • Yang bakal dipilih melibatkan remaja berumur 17 tahun dan ke atas bagi menjalani latihan asas di kem tentera wataniah, universiti awan (UA), dan beberapa politeknik yang lain.
    3. Latihan terdiri daripada:
    • Latihan asas ketenteraan (30%)
    • Modul asas kenegaraan (70%)

    INFO PELAKSANAAN PLKN 3.0

    Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) dijadualkan akan bermula secara berfasa pada 12 Januari 2025, menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

    Program ini melibatkan kira-kira 500 perserta berlokasi di kem tentera wataniah Kuala Lumpur dan Pahang sehingga akan diperluaskan di seluruh negeri melibatkan 13 kem dalam pelaksanaan penuh pada 2026 nanti.

    Latihan Khidmat Negara PLKN 3.0 dilaksanakan melalui kem Tentera Wataniah seluruh negara hanya pada kali ini dimulakan dengan satu kem yang diikuti seramai 200 peserta pelatih.

    Adly Zahari menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia tidak menghadapi sebarang halangan bagi mencapai jumlah 200 peserta pelatih, di samping pelatih yang telah mendaftar secara sukarela.

    JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN OLEH PLKN 3.0

    Pihak Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan tawaran jurulatih untuk Program Latihan Khidmat Negara PLKN 3.0 yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Terdapat dua jawatan kosong pelatih yang ditawarkan oleh PLKN 3.0, seperti berikut:

    1. Pembantu penolong Pegawai Belia dan Sukan S1 (Gred S19).
    2. Pembantu penolong Pegawai Belia dan Sukan S5 (Gred S29).

    CARA PERMOHONAN PELATIH PLKN 3.0

    Permohon bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara 2025 (PLKN 3.0) akan dibuka untuk calon yang berminat.

    1. Permohonan baru akan dibuka:
    • Permohonan dibuka pada 12 Januari 2025. Terbuka kepada Warganegara Malaysia, lelaki atau wanita, yang berumur diantara 18 hingga 20 tahun.
    2. Lokasi lapor diri atau permohonan:
    • Rejimen 515 Askar Wataniah Kuala Lumpur.
    Sila Lawati laman sesawang Kementerian Pertahanan Malaysia di portal rasmi : https://www.mod.gov.my/.

    MAKLUMAT LANJUT PLKN 3.0

    Bagi mendapatkan maklumat terkini dan kemas kini mengenai Program Latihan Khidmat Negara 3.0, sila kunjungi laman web berikut:

    Ulasan