Langkau ke kandungan utama

BANTUAN WARGA EMAS RM600 SEBULAN : SEMAKAN STATUS SECARA ONLINE


BANTUAN WARGA EMAS RM600 SEBULAN : SEMAKAN STATUS SECARA ONLINE

Sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah sumbangan bagi golongan Warga Emas berstatus Miskin dan Miskin Tegar. Pelaksanaan sumbangan ini telah ditambah baik pada tahun 2025 dengan kadar jumlah bantuan bagi kategori Warga Emas akan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM600 setiap bulan bermula Januari 2025 agar dapat memenuhi keperluan barangan asas Warga Emas melalui program JKM.

Bagaimanakah Kaedah Semakan Status Bantuan Warga Emas Rm600 Secara Online ? Ikuti Kaedah Dan Info Berikut Dibawah.

BACA JUGA : BANTUAN BUDI MADANI : SEMAKAN STATUS SECARA ONLINE 2025

APAKAH ITU BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Bantuan bulanan JKM adalah sebentuk sumbangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi menyediakan bantuan sokongan kepada golongan Warga Emas yang memerlukan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dan layak menjalani kehidupan dengan lebih baik dan sejahtera.

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Berikut adalah maklumat penting mengenai tarikh pembayaran bantuan JKM:

Kebiasaannya bantuan ini akan disalurkan sebelum 1O haribulan setiap bulan. 

*Nota : Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan update terkini mengenai sebarang perubahan tarikh bayaran dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN

Permohonan yang layak menerima bantuan, akan dijalankan siasatan bagi penilaian pengesahan kelayakan dan menerima bantuan mengikut kategori tersebut:

KATEGORI BANTUAN JKMJUMLAH BANTUAN
Warga Emas RM600
(Setiap Bulan)

KAEDAH BAYARAN BANTUAN

Pembayaran bantuan JKM adalah seperti berikut:
  • Penerima yang layak akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank.

SEMAKAN STATUS BANTUAN JKM

Anda boleh membuat semakan dalam talian bagi mengetahui status penyaluran bantuan anda, sama ada bantuan ini telah diproses atau belum dikreditkan ke dalam akaun bank, sebelum anda membuat pengeluaran langsung di bank ATM.

PANDUAN SEMAKAN STATUS BANTUAN

Berikut adalah panduan semakan status permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam talian:

Layari laman Portal Rasmi e-Bantuan JKM di pautan berikut : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  1. Log masuk laman rasmi e-Bantuan JKM, Klik pada butang "Semakan Status"
  2. Masukkan nombor Mykad / Kad pengenalan anda dan Klik butang "Semak"
  • Senarai akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang dalam penerimaan.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN

1. Warganegara Malaysia
2. Warga emas berumur 60 tahun ke atas
3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Semasa Secara Purata Miskin Isi Rumah ; atau
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Semasa Secara Purata Miskin Per Kapita.
4. Warga emas yang bukan tinggal di :
  • Institusi pusat jagaan JKM ; atau
  • Pusat jagaan harian yang memberi kemudahan dan perkhidmatan secara percuma.
5. Selaras dengan senarai dengan (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Senarai 3 - Jadual Senarai Kesembilan Perundangan Malaysia.

PENAFIAN DAN RUJUKAN

Pihak website kami sekadar berkongsi informasi terkini mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan hanya ingin memberikan kemudahan untuk jangkauan orang ramai. Sebarang keterangan lanjut bantuan (JKM) 2025, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian, atau hubungi ibu pejabat JKM melalui:
  • Talian : 03- 8000 - 8000
  • E-mel : pro_jkm@jkm.gov.my

MAKLUMAT LANJUT JKM 2025

Untuk mengetahui perkembangan update terkini (JKM), sila merujuk senarai laman web rasmi dibawah:

Ulasan