CARA MOHON UTHM : LEPASAN DIPLOMA STPM PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), permohonan untuk kemasukan Semester II akan dibuka pada bulan November 2024. Pelajar yang berminat dinasihatkan bagi mempersiapkan segala dokumen yang diperlukan bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar. Panduan ini disediakan khas untuk para pelajar lepasan Diploma dan STPM yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) bagi Semester II Sesi 2024/2025.
Selain daripada UTHM, terdapat beberapa Universiti Awam (UA) lain-lain juga membuka permohonan kemasukan sesi kedua, termasuk UM, UUM, UTEM, UiTM, UIAM, UMK, USIM, dan UPSI. Permohonan ini terbuka bagi kemasukan ambilan Mac 2024, serta untuk mereka yang tidak berjaya dalam permohonan UPU.
Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), permohonan untuk kemasukan Semester II akan dibuka pada bulan November 2024. Pelajar yang berminat dinasihatkan bagi mempersiapkan segala dokumen yang diperlukan bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar. Panduan ini disediakan khas untuk para pelajar lepasan Diploma dan STPM yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) bagi Semester II Sesi 2024/2025.
Selain daripada UTHM, terdapat beberapa Universiti Awam (UA) lain-lain juga membuka permohonan kemasukan sesi kedua, termasuk UM, UUM, UTEM, UiTM, UIAM, UMK, USIM, dan UPSI. Permohonan ini terbuka bagi kemasukan ambilan Mac 2024, serta untuk mereka yang tidak berjaya dalam permohonan UPU.
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah sebuah institusi pendidikan tinggi awam yang terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor Malaysia. Ditubuhkan pada 27 September tahun 2000, UTHM menawarkan kepakaran dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan mekanikal dan pembuatan,kejuruteraan elektrik dan elektronik,
Di UTHM, pelajar boleh memilih melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Program Persisir, Doktor Falsafah dan kursus jangka pendek.
Sila sahkan bahawa semua dokumen di atas telah dimuat naik ke dalam sistem permohonan. Jika kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan anda tidak akan berjalan lancar.
Pautan portal rasmi semakan tawaran klik UTHM 2nd Intake
kejuruteraan awam dan alam sekitar, sains komputer dan teknologi maklumat, perniagaan dan keusahawanan, serta pendidikan teknik dan vokasional, pengurusan teknologi.
Di UTHM, pelajar boleh memilih melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Program Persisir, Doktor Falsafah dan kursus jangka pendek.
TARIKH PERMOHONAN UTHM ONLINE
Berikut adalah tarikh penting bagi permohonan semester 2 sesi pengajian 2025. Pemohon perlu membuat permohonan secara atas talian (online).
- Tarikh Buka Dan Tutup : 1 November 2024 hingga 30 November 2024
- Tarikh Semakan Keputusan : 12 Februari 2025
- Tarikh Pendaftaran Pelajar : 9 Mac 2025
PORTAL RASMI PERMOHONAN
Calon perlu mempunyai akaun bagi membuat permohonan. Sila ikuti cara di portal rasmi permohonan untuk membuat akaun baru.
- Portal Rasmi Permohonan : Portal UTHM Online
PANDUAN PERMOHONAN
Berikut adalah cara membuat permohonan secara dalam talian.
- Pastikan pemohon mengisi maklumat yang lengkap ketika permohonan dibuat.
- Sila memuatnaik salinan dokumen seperti berikut (yang telah ditetapkan oleh UTHM):
- Kad Pengenalan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Transkrip Akademik Diploma
- Sijil MUET
- Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika Ada)
- Akreditasi MQA (Klik Sini)
SYARAT AM KEMASUKAN UTHM
Berikut adalah syarat permohonan beserta syarat tambahan kemasukan ke UTHM Semester 2 Sesi Akademik 2025 :
- Calon merupakan warganegara Malaysia
- Calon mempunyai kelulusan Diploma/ STPM atau kelulusan lain-lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
- Calon harus mendapat sekurang-kurangnya Tahap ll (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET)
- Calon mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf, dengan mendapat kepujian (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah
- Calon memenuhi kriteria syarat minimum program yang ditawarkan
- Pemohon yang sedang mengikuti mana-mana pengajian di IPT Tidak Dibenarkan memohon
- Tidak pernah disabitkan dalam kesalahan jenayah atau bukan berada dalam proses menunggu prosiding jenayah
SYARAT TAMBAHAN PROGRAM PENDIDIKAN
Berikut adalah syarat tambahan bagi program pendidikan:- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Calon haruslah berumur 30 tahun kebawah.
- Lulus Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia/Setaraf.
- Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini.
- Syarat khas program pengajian boleh dirujuk selanjutnya di Syarat UTHM
SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN UTHM
Berikut adalah senarai kursus/program Sarjana Muda yang ditawarkan bagi pengambilan semester 2 sesi 2025 di UTHM beserta kod:
- FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE) : BEJ, Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian - BEV, Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
- FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP) : BDD, Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian - BDJ, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian - BDM, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang) dengan Kepujian
- FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV) : BBA, Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian # - BBC, Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian # - BBE, Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian# - BBF, Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian # - BBG, Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyaman Udara) dengan Kepujian #
- FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (FSKTM) : BIT, Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
- FAKULTI SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI (FAST) : BWC – Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian : BWA, Sarjana Muda Sains (Matematik teknologi) dengan Kepujian - BWW, Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian
- FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (FTK) : BNA, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) dengan Kepujian - BND, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Automasi Industri) dengan Kepujian - BNE, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian - BNF, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian - BNG, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian - BNM, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian - BNN, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian - BNT, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel dengan Kepujian
- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM BINA (FKAAB) : BFF, Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
# : Program Bertemuduga
Untuk calon yang sedang bekerja, calon mesti mengemukakan surat pelepasan dari majikan dan surat tajaan sewaktu mengemukakan permohonan.
SEMAKAN KEPUTUSAN UTHM DALAM TALIAN
Keputusan permohonan boleh disemak di Laman Portal Rasmi UTHM bermula 12 Februari 2025. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 20 Mac 2025 dianggap gagal/ tidak berjalan lancar/ tidak berjaya.
Panduan atau tarikh penting semakan keputusan dan temuduga berserta tarikh pendaftaran boleh dirujuk di Keputusan UTHM
Pautan portal rasmi semakan tawaran klik UTHM 2nd Intake
PENAFIAN DAN RUJUKAN MAKLUMAT LANJUT
Portal kekandacorp.com merupakan rujukan alternatif bagi para pelajar mendapatkan informasi berkenaan pendidikan seperti SPM, STPM, MUET dan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Laman web ini tidak berkaitan dengan mana-mana Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA / Jabatan Pengajian Tinggi. Sila merujuk ke portal rasmi UPU di upu.moe.gov.my untuk makluman lanjut dan informasi terkini.
Untuk sebarang pertanyaan atau Iklan Permohonan UTHM Ambilan kedua sesi 2025 adalah seperti berikut dan boleh dirujuk atau sila hubungi :
- iklan permohonan semester sesi uthm di Portal UTHM
- Alamat : PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK,
- Email : ppa@uthm.edu.my
- No. Tel.07-453 7696/ 7375/ 7683/ 7687/ 7689/ 7690. Fax : 07-453 6085 : Waktu Operasi, Ahad - Rabu: 8.00 pagi - 5.00 petang, Khamis: 8.00 pagi - 3.30 petang
Semoga perkongsian maklumat berkenaan UTHM ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.
Ulasan