Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

SENARAI KOLEJ, AKREDITASI PROGRAM PASCA IJAZAH UNIVERSITI AWAM IPTA


SENARAI KOLEJ, AKREDITASI PROGRAM PASCA IJAZAH UNIVERSITI AWAM IPTA

Program dengan nombor rujukan seperti 12345 merupakan program yang dipanggil sebagai 'deemed accredited', yang mana pengiktirafan ini diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa program tersebut telah memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh pihak berkenaan, walaupun ia tidak diakreditasi secara rasmi oleh badan akreditasi pendidikan, program ini tetap diiktiraf sebagai setaraf dengan program yang mendapat akreditasi penuh, memberikan jaminan kepada para pelajar yang mengikuti program ini mereka akan memperoleh kelayakan yang diterima di dalam sektor awam.

Sementara itu, program yang mempunyai nombor rujukan seperti MQA/FA12345 atau A12345 merujuk kepada program yang telah menerima Akreditasi Penuh, yang mana proses penilaiannya dilakukan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Akreditasi Penuh ini menunjukkan program tersebut telah melalui proses penilaian yang teliti dan memenuhi semua piawaian akademik serta kualiti tinggi yang ditetapkan oleh MQA. Oleh itu, program ini diiktiraf secara rasmi dan diakui oleh pihak pendidikan berkenaan negara sebagai program yang berkualiti tinggi, memberikan keyakinan kepada para pelajar kelayakan yang diperoleh adalah sah dan diterima di dalam pelbagai sektor, termasuk sektor awam dan swasta.

Dan, sesetengah Program adalah program yang telah dinilai/diiktiraf/diakredit oleh badan professional berkenaan. Oleh itu, Para pelajar disarankan membuat penilaian dan perincian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memohon.

Setiap kelayakan yang didaftarkan dalam MQA adalah tertakluk kepada proses pemantauan berterusan yang dijalankan oleh pihak berkenaan MQA. Pemantauan ini dilakukan secara berkala bagi memastikan program yang ditawarkan mematuhi standard serta kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu, ia juga bertujuan bagi memastikan keselarasan program tersebut dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang menjadi asas utama dalam penetapan kualiti dan kelayakan pendidikan di negara Malaysia. Proses pemantauan ini adalah penting dalam memastikan keberkesanan dan integriti setiap program yang diiktiraf.

Sebagai makluman, Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) mula mendaftarkan program pasca ijazah Universiti Awam di Malaysia, termasuk Ijazah Sarjana (Tahap 7) dan Ijazah Kedoktoran (Tahap 8) dalam Kerangka Kelayakan Malaysia, pada tahun 2013. Langkah ini diambil kerana audit bagi program-program tersebut mula dilaksanakan pada tahun yang sama. Sebelum pendaftaran ini dilaksanakan, program-program tersebut dijalankan mengikut peraturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, dan dianggap telah memenuhi semua kualiti dan standard yang diperlukan.

SENARAI KOLEJ, AKREDITASI PROGRAM PASCA IJAZAH UNIVERSITI AWAM SEBELUM TAHUN 2013

Tempoh data dan maklumat yang dikemaskini dalam MQR adalah sehingga 13 Februari 2025. Berikut adalah Nama IPTA:
NAMA NEGERI & IPTA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR