
TARIKH FASA PERMOHONmAN UPU ONLINE SESI 2025/2026 LEPASAN SPM/ STPM ATAU SETARAF
Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) bagi sesi Akademik 2025/2026, Unit Pusat Universiti (UPU) Bahagian Pengurusan, Kemasukan Pelajar (BPKP) dan Bahagian, akan membuka sinaran baharu bagi para pelajar lepasan SPM dan STPM atau Setaraf dengannya bagi meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi melalui permohonan di UPU Online.
Dalam tarikh permohonan yang akan diumumkan pada bulan Februari 2025, sudah tiba masanya bagi calon-calon untuk bersiap sedia dalam membuat perancangan langkah seterusnya dalam dunia pelajaran mereka. Sistem permohonan ini adalah platform yang penting bagi mengakses pelbagai Institusi/Agensi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia, termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti.
Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) bagi sesi Akademik 2025/2026, Unit Pusat Universiti (UPU) Bahagian Pengurusan, Kemasukan Pelajar (BPKP) dan Bahagian, akan membuka sinaran baharu bagi para pelajar lepasan SPM dan STPM atau Setaraf dengannya bagi meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi melalui permohonan di UPU Online.
Dalam tarikh permohonan yang akan diumumkan pada bulan Februari 2025, sudah tiba masanya bagi calon-calon untuk bersiap sedia dalam membuat perancangan langkah seterusnya dalam dunia pelajaran mereka. Sistem permohonan ini adalah platform yang penting bagi mengakses pelbagai Institusi/Agensi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia, termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti.
Bagaimana Cara Permohonan Kemasukan Akademi Kolej Sesi 2025/2026? Ikuti Cara Dan Info Berikut Dibawah.
BACA JUGA : KOLEJ MATRIKULASI KPM : PERMOHONAN FASA 1 SESI 2025-2026 SECARA ONLINE
Bagi informasi lebih lanjut ataupun sebarang pertanyaan, sila rujuk lampiran sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU yang disediakan:
PENDAFTARAN UPU ONLINE KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2025/2026
Pendaftaran UPU Online bagi sesi akademik 2025/2026 adalah langkah seterusnya bagi pelajar yang berhasrat melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Dengan pelbagai pilihan yang tersedia permohon dinasihatkan bagi merancang terlebih dahulu supaya dapat memilih program yang bersesuaian dengan minat mereka. Ambil kesempatan ini untuk memulakan perjalanan pelajaran anda dengan pilihan yang bijak.KELEBIHAN UPU ONLINE
UPU Online bukan hanya menyediakan pelbagai pilihan dalam bidang pengajian, tetapi juga memudahkan calon baharu untuk membuat permohonan secara dalam talian. Hanya dengan melalui dalam talian pemohon dapat melengkapkan borang permohonan tanpa perlu ke mana-mana. Namun, sebelum memulakan proses permohonan, pemohon disarankan bagi mengambil beberapa langkah penting untuk memastikan pilihan anda adalah tepat dan sepadan dengan potensi yang ada pada diri mereka.PERSEDIAAN SEBELUM MEMOHON
Sebelum anda memulakan proses permohonan, calon perlu membuat senarai bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan dan minat mereka terlebih dahulu. Langkah ini penting bagi memastikan pemohon memilih program dengan lebih baik, anda dicadangkan untuk melakukan penyelidikan yang lebih mendalam mengenai bidang yang diminati supaya pemohon dapat membuat keputusan yang lebih tepat dan bijak.PANDUAN PERMOHONAN UPU SECARA DALAM TALIAN
Bagi memulakan permohonan anda, calon perlu mendapatkan nombor ID unik UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Nombor ini merupakan keperluan utama bagi mengakses sistem permohonan dalam talian ini. Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan UPU secara dalam talian:- Membeli ID Unik UPU Online: Pastikan calon memilih kategori yang baik ketika pembelian.
- Layari Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my bagi mencari maklumat terkini.
- Periksa Syarat Permohonan: Rujuk e-panduan UPUOnline bagi memastikan calon memenuhi syarat kriteria program yang dipilih.
- Kira Merit: Mengunakan aplikasi di portal UPU bagi mengira merit anda. Kalkulator Merit Lepasan SPM atau Setaraf.
- Membuat Semakan Trend Permohonan dan Laluan Kerjaya: Ini dapat membantu calon memahami peluang kerjaya selepas tamat pengajian.
- Mengisi Borang Permohonan: Pastikan semua maklumat bertanda (*) diisi dengan lengkap dan baik.
- Buat Pilihan Program: Pilih program mengikut keutamaan calon.
- Simpan Borang Permohonan: Tekan butang “SIMPAN” bagi menyimpan maklumat borang yang diisi.
- Cetak Slip Permohonan: Simpan slip sebagai bukti, permohonan yang telah berjaya dihantar.
TARIKH FASA 2 PERMOHONAN UPU ONLINE UNTUK SESI 2025/2026 LEPASAN SPM
Berikut adalah butiran berkenaan proses serta tarikh permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2025/2026 untuk lepasan SPM.- Tempoh Permohonan Fasa 1 : 10 Februari 2025 hingga 14 Mac 2025
- Tempoh Permohonan fasa 2 : 14 April 2025 hingga 16 Mei 2025
- Tempoh pembelian nombor ID unik di BSN 15 Mei 2025.
- Tarikh temuduga atau ujian : April 2025 - Mei 2025.
Fasa Permohonan UPU Online 2025 Lepasan SPM
Proses - SPM:- Tempoh Pembelian No. Unik ID di BSN 9 Februari 2025 – 18 Mei 2025
- Tempoh Permohonan Fasa 1 : 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025
- Tempoh Permohonan Fasa 2 : 14 Apri 2025 – 18 Mei 2025
- Bilangan Pilihan Program Pengajian 12 Pilihan - Wajib isi 6 pilihan
Kedudukan Pilihan Program Pengajian Bertemu Duga atau Ujian:
- Fasa 1 : Pilihan 1 – 2 Program Pengajian Pendidikan / Pilihan 1 – 4 Program Pengajian Bukan Pendidikan
- Fasa 2 : Pada Fasa Permohonan kedua, tiada lagi pilihan Program Pengajian bertemu duga dan / atau ujian
- Kemaskini Pilihan Fasa 1 dalam Fasa 2 : Pemohon boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian, Kecuali Program Pengajian bertemu duga atau ujian.
- Tarikh Temu Duga / Ujian : April 2025 - Mei 2025
Fasa Permohonan UPU Online 2025 Lepasan STPM/Setaraf
Proses - STPM / MATRIKULASI /
ASASISTAM DIPLOMA / SETARAF:
- Tempoh Pembelian No. Unik ID di BSN9 Februari 2025 – 18 Mei 2025
- Tempoh Permohonan Fasa 1 : 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025
- Tempoh Permohonan Fasa 2 : 14 Apri 2025 – 18 Mei 2025
- Bilangan Pilihan Program Pengajian 12 Pilihan - Wajib isi 6 pilihan ;
- 8 Pilihan Wajib isi 6 pilihan
- Kedudukan Pilihan Program Pengajian Bertemu Duga atau Ujian
- Fasa 1 : Pilihan 1 – 2 Program Pengajian PendidikanPilihan 1 – 4 Program Pengajian Bukan Pendidikan
- Fasa 2 : Pada Fasa Permohonan kedua, tiada lagi pilihan Program Pengajian bertemu duga dan / atau ujian
- Kemaskini Pilihan Fasa 1 dalam Fasa 2 Kecuali Program Pengajian bertemu duga dan / atau ujian
- Bagi pemohon yang telah memohon pada Fasa Permohonan Pertama dibenarkan untuk mengemaskini pilihan Program pada Fasa Permohonan kedua
- Padanan Data [Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)]
- Padanan Data [Bahagian Matrikulasi (KPM)] - [Pusat Asasi Sains UM] - [Pusat GENIUS @ Pintar UKM] - [Pusat Asasi UiTM] - [Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti]
- Padanan Data [Lembaga Peperiksaan (LP)]
- Tarikh Temu Duga / Ujian : April 2025 – Ogos 2025
SISTEM APLIKASI PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan sila layari portal berikut:
- Aplikasi : https://upu.mohe.gov.my/
- Manual Pengguna : Lepasan SPM Setaraf
- Manual Pengguna : Lepasan STPM Setaraf
PEMBELIAN NO. UNIK BSN UPUONLINE
Sebelum membuat permohonan, calon perlu membuat pembelian No. Unik ID BSN, Info lanjut seperti berikut:
Tarikh: 9 Februari 2025 – 18 Mei 2025
Harga: RM10.60
Kaedah Pembelian:
- Kaunter BSN di seluruh negara
- Mesin ATM (dengan akaun GIRO BSN)
- Internet Banking MyBSN (dengan akaun GIRO BSN)
KATEGORI PEMBERIAN NO UNIK ID
Sila pastikan calon membeli nombor Unik ID di BSN dengan betul mengikut kategori masing-masing iaitu:
- Kategori Pemohonan : Lepasan SPM: Sijil / Asasi / Diploma & Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT)
- Kategori A: SPM 2024 (Tahun Semasa)
- Kategori B: SPM 2022 dan 2023 (Bukan Tahun Semasa)
Kategori Calon Lepasan STPM / setaraf dengannya : STPM 2024, Matrikulasi/ Asasi,BUSTAM 2024, 2023, Diploma/ setaraf dengannya
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Setelah mendapat nombor Unik ID di BSN mengikut kategori masing-masing, calon boleh memulakan permohonan secara dalam talian mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Sistem permohonan dalam talian hanya akan diaktifkan pada tarikh yang telah ditentukan, di mana pemohon baharu perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna sistem UPUOnline sebelum mengemukakan permohonan. Pendaftaran untuk menjadi pengguna sistem UPUOnline boleh dilakukan tanpa No. Unik ID.
CARA PEMBELIAN NO. UNIK ID UPUONLINE
Pemohon perlu membeli Unik ID UPUOnline dan pastikan memilih kategori yang betul. adalah langkah-langkah untuk memohon UPUOnline:
- Sila layari portal rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my/
- Pastikan kategori permohonan diisi dengan baik
- Check syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline
- Kira merit menggunakan aplikasi di portal UPU
- Check tren permohon serta penawaran
- Check juga laluan kerjaya
- Isikan ruang permohonan UPUOnline
- Sila pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap
- Permohon haruslah membuat pilihan program mengikut keutamaan
- Sila lengkapkan ruang borang permohonan
- Tekan butang "SIMPAN"
- Sila membuat cetakan slip permohonan
- Sila simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah berjaya
- Check dan kemaskini permohonan adalah dibolehkan ianya tanpa had
Ulasan