Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

CHECK STR 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 1 2025 ONLINE


CHECK STR 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 1 2025 ONLINE

Setelah diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan Malaysia Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 akan dikreditkan mulai 22 Januari 2025 ini bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam menangani peningkatan kos sara hidup. Hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa kumpulan miskin dan miskin tegar akan menerima manfaat daripada Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025 ini.

Bagaimanakah kaedah check str 2025 : semakan status pembayaran str fasa 1 2025 online? Ikuti kaedah berikut dibawah:

BACA JUGA: BANTUAN RM300 SEBULAN : PERMOHONAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025

APAKAH ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah merupakan bantuan bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan dan memberikan Sumbangan kewangan kepada rakyat memerlukan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

TARIKH BAYARAN

Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025:

Pembayaran secara beransur bermula pada 22 Januari 2025.

JUMLAH BANTUAN STR FASA 1

Kadar bantuan yang akan disalurkan adalah mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah Berpendapatan
RM 2500 Kebawah
RM 500
Isi Rumah Berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
RM 150-RM 250-RM 300
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
BujangRM 150

KAEDAH BAYARAN

Berikut adalah kaedah penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 seperti berikut:
  1. Penerima yang mempunyai Akaun Bank : Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan.
  2. Penerima Tiada Akaun Bank atau (gagal) : Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN

Status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1 2025 boleh disemak secara dalam talian:

PANDUAN SEMAKAN STATUS

  1. Sila Klik pada pautkan Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Setelah halaman utama dipaparkan, kemudian Klik butang "TUTUP" pada iklan maklumat tersebut.
  3. Masukkan 12 digit "No. Kad Pengenalan" tanpa simbol sengkang (-), dan Klik "Log Masuk".
  4. Klik butang "Semak" Pengesahan keselamatan saya bukan robot" akan dipaparkan, Jika frasa Anda sudah betul Klik "Ya".
  5. Masukkan "kata laluan".
  6. Klik butang "Log Masuk".
  7. Setelah itu, Klik butang "Semakan Permohonan".
  8. Status bayaran Selesai.

    SYARAT BANTUAN

    Syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 2025 mestilah terdiri daripada :

    1. Isi Rumah:

    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal /Duda /Janda /Balu yang mempunyai anak yang menepati syarat dengan Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
    2. Warga Emas:
    • Tiada Pasangan Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal /Duda /Janda /Balu yang tiada anak dan berumur 60 tahun dan ke atas dengan Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
    3. Bujang:
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal /Duda /Janda /Balu yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan berumur 21-59 tahun; dan 
    • Bujang Orang Kehilangan Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas dan Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dengan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

    PENAFIAN DAN RUJUKAN

    Pihak Kami di sini hanyalah bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai Sumbangan Kerajaan Malaysia bagi memudahkan anda. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengguna. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lebih lanjut, anda boleh menghubungi pihak berwajib seperti yang tertera di bawah atau melawat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran.
    • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
    • E-Mel : str@treasury.gov.my

    MAKLUMAT LANJUT STR 2025

    Untuk mengetahui update terbaru, sila merujuk senarai laman Portal Rasmi berikut:Facebook rasmi : 

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

    BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

    Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR