Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

SEMAK BAYARAN MYKASIH 2025 : KELAYAKAN BANTUAN RM100 & RM50 SECARA ONLINE


SEMAK BAYARAN MYKASIH 2025 : KELAYAKAN BANTUAN RM100 & RM50 SECARA ONLINE

Bantuan MYKASIH 2025 adalah program khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi menyokong kesejahteraan rakyat. Bantuan RM100 ke dalam MyKad akan dikreditkan pada penerima bermula bulan Januari hingga Mac 2025 bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dan memenuhi keperluan asas rakyat. Kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan mulai April 2025. Bantuan MYKASIH ini juga mengambarkan komitmen Kerajaan bagi memastikan kebajikan kewangan rakyat terjamin.

Bagaimanakah kaedah semakan status bayaran MYKASIH secara dalam talian? Ikuti kaedah dan maklumat lanjut dibawah.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH

Syarat kelayakan bagi menerima bantuan MYKASIH seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Berada dalam rekod sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam pangkalan data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

KADAR BANTUAN SARA

Jumlah bantuan adalah yang telah ditetapkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan bulanan ke dalam MyKad RM100 adalah bermula 15 Januari 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegar
Semenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskin
Semenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025
Nota: Tarikh bayaran tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa Pihak Menteri berwajib akan mengumumkan tarikh bayaran tersebut, dan pihak kami akan segera mengemaskini info terbaru mengenai tarikh bayaran sekiranya telah diumumkan secara rasmi.

SEMAKAN STATUS SARA

Panduan semakan status bantuan boleh melalui dalam talian seperti disediakan dibawah:
  1. Sila layari portal rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX, Pada halaman utama.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan saya bukan robot yang dipaparkan adalah betul
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Tekan pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran akan dipaparkan.
  11. Selesai.

PENAFIAN DAN RUJUKAN

Pihak website kami hanyalah sekadar memberikan info terkini mengenai bantuan Kerajaan bagi berkongsikan kemudahan akses kepada anda. Sebarang pertanyaan lebih lanjut terkait bantuan Mykasih, sila merujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR