Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

SEMAK BAYARAN SARA 2025 : KELAYAKAN BANTUAN RM100 & RM50 SECARA ONLINE


SEMAK BAYARAN SARA 2025 : KELAYAKAN BANTUAN RM100 & RM50 SECARA ONLINE 

Bagi bantuan RM100 ke dalam MyKad akan dikreditkan pada penerima bermula bulan Januari hingga Mac 2025. Penyaluran bantuan SARA ini juga mengambarkan komitmen Kerajaan bagi memastikan kebajikan kewangan rakyat terjamin. Kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan mulai April 2025 bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat yang memerlukan. SARA adalah bantuan subsidi bersasar yang mana ianya sebahagian dari pertambahan hasil negara serta perbelanjaan subsidi diagihkan semula.

Bagaimanakah kaedah semakan status bantuan SARA secara dalam talian? Ikuti kaedah dan maklumat lanjut dibawah.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH

Kelayakan bagi menerima bantuan SARA terdiri daripada:
  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam senarai pangkalan data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

KADAR BANTUAN SARA

Kadar bantuan adalah yang telah ditetapkan seperti dibawah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan bulanan RM100 bermula 15 Januari 2025, merujuk daripada Pembentangan PM dan juga Menteri Kewangan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegar
Semenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskin
Semenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025
Nota: Menteri berwajib akan mengumumkan tarikh bayaran dikeranakan ianya tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, dan pihak kami akan segera update info terbaru berkenaan tarikh bayaran sekiranya telah diumumkan secara rasmi.

SEMAKAN STATUS SARA

Semakan status penerima boleh dibuat secara dalam talian seperti panduan yang disediakan dibawah:
  1. Sila layari portal rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX, Pada halaman utama.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan saya bukan robot yang dipaparkan adalah betul
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Tekan pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran akan dipaparkan.
  11. Selesai.

PENAFIAN DAN RUJUKAN

Pihak website kami sekadar berkongsikan info update terkini berkenaan bantuan kerajaan untuk memberikan kemudahan akses kepada orang ramai. Sebarang pertanyaan lebih lanjut terkait bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR