Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 1 2025 SECARA DALAM TALIAN


SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 1 2025 SECARA DALAM TALIAN

Untuk memastikan bantuan yang disalurkan tepat kepada mereka yang memerlukan, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 yang akan dilaksanakan dalam empat fasa meliputi (fasa 1, 2, 3, dan 4). Bantuan ini bertujuan bagi mengurangkan beban kewangan golongan berpendapatan rendah seperti, Isi rumah, Individu bujang, serta Warga emas, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanakah kaedah Semakan Status Pembayaran STR Fasa 1 2025 Secara Dalam Talian? Ikuti kaedah berikut dibawah:

APAKAH ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025?

Dalam usaha Kerajaan meringankan bebanan rakyat adalah penyasaran semula subsidi. Dengan pendekatan ini Kerajaan dapat meningkatkan kadar bantuan tunai yang diberikan melalui STR 2025, untuk memastikan golongan dengan pendapatan rendah terus menerima sokongan bantuan yang mereka perlukan.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif bantuan yang diberikan oleh Kerajaan kepada golongan yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana. 

Inisiatif ini diperkenalkan bagi memastikan mereka yang benar-benar memerlukan mendapat sokongan kewangan bagi mengharungi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

TARIKH BAYARAN

Berikut tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025:

Pembayaran secara berfasa bermula pada 22 Januari 2025.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan STR Fasa 1 2025 yang akan disalurkan mengikut kategori adalah seperti di bawah :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah Berpendapatan
RM2500 Kebawah
RM500
Isi Rumah Berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
RM150-RM250-RM300
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150

KAEDAH PEMBAYARAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 2025 akan disalurkan seperti berikut:
  1. Penerima yang mempunyai Akaun Bank : Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan.
  2. Penerima Tiada Akaun Bank atau (gagal) : Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

SEMAKAN STATUS  BANTUAN

Status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1 2025 boleh disemak secara dalam talian seperti:

PANDUAN SEMAKAN STATUS

  1. Sila Klik pada pautkan Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Setelah halaman utama dipaparkan, kemudian Klik butang "TUTUP" pada iklan maklumat tersebut.
  3. Masukkan 12 digit "No. Kad Pengenalan" tanpa simbol sengkang (-), dan Klik "Log Masuk".
  4. Klik butang "Semak" Pengesahan keselamatan saya bukan robot" akan dipaparkan, Jika frasa Anda sudah betul Klik "Ya".
  5. Masukkan "kata laluan".
  6. Klik butang "Log Masuk".
  7. Setelah itu, Klik butang "Semakan Permohonan".
  8. Status bayaran Selesai.

    SYARAT BANTUAN

    Syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 2025 hendaklah terdiri daripada :

    1. Isi Rumah:

    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal /Duda /Janda /Balu yang mempunyai anak yang menepati syarat dengan Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
    2. Warga Emas:
    • Tiada Pasangan Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal /Duda /Janda /Balu yang tiada anak dan berumur 60 tahun dan ke atas dengan Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
    3. Bujang:
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal /Duda /Janda /Balu yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan berumur 21-59 tahun; dan 
    • Bujang Orang Kehilangan Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas dan Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dengan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

    PENAFIAN DAN RUJUKAN

    Pihak website Kami hanyalah bertujuan bagi berkongsi maklumat mengenai Sumbangan Kerajaan Malaysia untuk memudahkan anda. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengguna. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak berwajib seperti yang tertera di bawah atau melawat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran.
    • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
    • E-Mel : str@treasury.gov.my

    MAKLUMAT LANJUT STR 2025

    Untuk mengetahui info terkini, sila merujuk senarai laman sesawang berikut:Facebook rasmi :

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

    BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

    Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR