Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

SEMAKAN STATUS MYKASIH BULAN APRIL : CHECK LAYAK ATAU TIDAK RM100-RM50 SECARA ONLINE



SEMAKAN STATUS MYKASIH BULAN APRIL : CHECK LAYAK ATAU TIDAK RM100-RM50 SECARA ONLINE

Bagi bulan Januari hingga Mac 2025 bantuan RM100 akan mula dikreditkan ke dalam MyKad penerima. Kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan mulai April 2025.

SARA MYKASIH adalah merupakan pendekatan bantuan subsidi bersasar yang mana ianya sebahagian pertambahan hasil negara serta perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat yang memerlukan.

Penyaluran bantuan SARA MYKASIH melalui MyKad ini juga mengambarkan komitmen Kerajaan bagi mengaplikasikan teknologi digital terkini untuk memudahkan akses rakyat.

Bagaimanakah kaedah semakan status SARA MYKASIH? Ikuti kaedah dan maklumat lanjut dibawah.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH

Syarat menerima bantuan SARA MyKasih 2025 adalah terdiri daripada:
  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam pangkalan data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

KADAR BANTUAN MYKASIH

Jumlah pembayaran bantuan telah ditetapkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH BAYARAN

Merujuk daripada Bentangan PM dan juga Menteri Kewangan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim penyaluran bantuan bulanan adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegar
Semenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskin
Semenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025
Nota: Tarikh bayaran akan diumumkan oleh Menteri berwajib dikeranakan tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan kami akan segera update info terkini berkenaan tarikh bayaran sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN STATUS MYKASIH

Penerima boleh membuat semakan status secara dalam talian dengan mengikuti panduan yang disediakan dibawah:
  1. Sila layari portal rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX, Pada halaman utama.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan saya bukan robot yang dipaparkan adalah betul
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Tekan pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran akan dipaparkan.
  11. Selesai.

PENAFIAN DAN RUJUKAN

Pihak Kami hanya berkongsikan update terkini mengenai bantuan kerajaan bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai. Sebarang pertanyaan lanjut terkait bantuan MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR