Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

STR 2025 : SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN STR FASA 1 2025 ONLINE


STR 2025 : SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN STR FASA 1 2025 ONLINE

Kerajaan memperuntukan sebanyak RM13 billion untuk Bantuan STR dan juga Bantuan Tambahan yang akan disalurkan sepanjang tahun 2025 bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat. Hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa kumpulan B40 dan M40 akan menerima manfaat daripada Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025 ini.

Bagaimanakah kaedah Semakan Nama Penerima Bayaran Str Fasa 1 2025 Online? Ikuti kaedah berikut dibawah:

APAKAH ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025?

Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025 adalah sebuah bantuan yang bertujuan memberi sumbangan kepada golongan berpendapatan rendah khususnya kategori B40 dan M40 bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga turut akan di tambah dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga telah ditambah baik bagi meringankan beban rakyat dengan memberikan Sumbangan kewangan kepada yang memerlukan.

TARIKH BAYARAN

Berikut adalah tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1:

Pembayaran secara berperingkat bermula pada 22 Januari 2025.

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah kadar bantuan STR Fasa 1 2025 yang akan disalurkan mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah Berpendapatan
RM2500 Kebawah
RM500
Isi Rumah Berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
RM150-RM250-RM300
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150

KAEDAH PEMBAYARAN

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 akan disalurkan seperti berikut:
  1. Penerima yang mempunyai Akaun Bank : Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan.
  2. Penerima Tiada Akaun Bank atau (gagal) : Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

SEMAKAN STATUS

Status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa 1 2025 boleh disemak secara dalam talian seperti:

PANDUAN SEMAKAN STATUS

  1. Sila Klik pada pautkan Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Setelah halaman utama dipaparkan, kemudian Klik butang "TUTUP" pada iklan maklumat tersebut.
  3. Masukkan 12 digit "No. Kad Pengenalan" tanpa simbol sengkang (-), dan Klik "Log Masuk".
  4. Klik butang "Semak" Pengesahan keselamatan saya bukan robot" akan dipaparkan, Jika frasa Anda sudah betul Klik "Ya".
  5. Masukkan "kata laluan".
  6. Klik butang "Log Masuk".
  7. Setelah itu, Klik butang "Semakan Permohonan".
  8. Status bayaran Selesai.

    SYARAT PERMOHONAN

    Berikut adalah Syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 2025 mestilah terdiri daripada :

    1. Isi Rumah:
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal /Duda /Janda /Balu yang mempunyai anak yang menepati syarat dengan Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
    2. Warga Emas:
    • Tiada Pasangan Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal /Duda /Janda /Balu yang tiada anak dan berumur 60 tahun dan ke atas dengan Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
    3. Bujang:
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal /Duda /Janda /Balu yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan berumur 21-59 tahun; dan 
    • Bujang Orang Kehilangan Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas dan Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dengan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

    PENAFIAN DAN RUJUKAN

    Pihak website kami hanyalah berkongsi informasi mengenai Sumbangan Kerajaan Malaysia bertujuan bagi memudahkan anda. Tiada sebarang pembayaran yang website kami kenakan kepada anda. Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh berhubung pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
    • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
    • E-Mel : str@treasury.gov.my

    MAKLUMAT LANJUT STR 2025

    Untuk mengetahui info update terkini, sila merujuk senarai laman web Rasmi berikut:Facebook rasmi : 

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

    BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

    Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR