Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

BANTUAN BUDI MADANI : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE


BANTUAN BUDI MADANI : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Program Bantuan BUDI MADANI ini dilaksanakan bagi membantu penyasaran semula subsidi kepada yang berkelayakan dan memerlukan. PM Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan bagi Program ini boleh mula memohon mengikut syarat kelayakan tertentu. Bagi pemohon yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM200 setiap sebulan seiring pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Bagaimanakah kaedah semakan status bayaran BUDI MADANI secara dalam talian? Ikuti kaedah dan maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: SEMAKAN BAYARAN SARA 2025 : KELAYAKAN BANTUAN RM100 & RM50 ONLINE

APAKAH ITU BANTUAN BUDI MADANI

BUDI MADANI merupakan salah satu bantuan penting dalam Sumbangan Kerajaan Malaysia yang bertujuan bagi memastikan subsidi disalurkan hanya kepada golongan yang berkelayakan, demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjaga.

Program BUDI MADANI diperkenalkan bagi menyalurkan subsidi bersasar kepada mereka yang layak, bantuan ini meliputi sokongan kewangan bagi kenderaan pengangkutan barang darat tertentu yang terus menerima subsidi bagi mengurangkan bebanan kenaikan kos sara hidup rakyat dan menstabilkan kos harga barangan.

KAEDAH DAN TARIKH BAYARAN

Lulus 1-30 Disember 2024: 7 Januari 2025

Terdapat dua (2) kaedah bayaran berikut adalah:
  • Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI.
  • Sekiranya tiada akaun bank tuntutan boleh dibuat di mana-mana Cawangan Bank BSN.

SEMAKAN STATUS

Setelah membuat permohonan, pemohon mestilah menyemak status permohonan tersebut sama ada layak atau tidak menerima Pembayaran BUDI Madani. 

Berikut adalah langkah-langkah bagi membuat semakan:
  1. Layari pautan https://budimadani.gov.my/.
  2. Klik [Log Masuk] di sebelah kanan.
  3. Masukkan no. MyKad, dan klik [Semak].
  4. Pastikan kata laluan keselamatan yang dipaparkan adalah benar.
  5. Jika benar, sila klik YA.
  6. Kemudian, masukkan kata laluan anda dan tekan [Log Masuk].
  7. Terlihat paparan akan menunjukkan beberapa pilihan.
  8. Tekan [Semakan Status].
  9. Selanjutnya, semak status kategori yang dipohon dan maklumat pembayaran.
  10. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat lanjut mengenai BUDI Madani boleh membuat rujukan dalam Portal Rasmi berikut:
  • Laman web : https://budimadani.gov.my.
  • Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747.
  • Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
  • Alamat E-mel : budimadani@treasury.gov.my.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR