Featured post

6 Rekomendasi Kolej Vokasional Terbaik di Malaysia 2025

Imej
Senarai Vokasional terbaik yang ada di Malaysia, akan menjadi pilihan Anda yang ingin membangun kemahiran praktikal untuk melanjutkan ke dunia pekerjaan di masa mendatang.  Dengan berbagai Institut pengajian yang menawarkan kursus Teknikal dan Vokasional, mari kita melihat kolej manakah yang akan menjadi pilihan Anda, mengikut minat dan bersesuaian. Pilihan yang terbaik adalah penting, bagi Anda memilih kerana ianya akan menjadi masa depan pekerjaan Anda di masa mendatang. BACA JUGA : SENARAI SEKOLAH DAN PAKEJ SUBJEK YANG DITAWARKAN DI DALAM TINGKATAN/ FROM 6 Berikut adalah panduan bagaimana Anda memilih dengan mudah, kolej dan memahami faktor penting dalam menentukan pilihan Vokasional yang akan diterima dimasa depan. 1. Vokasional Langkawi Berada di kepulauan, lokasi peranginan, Kolej Vokasional Langkawi, menawarkan kursus di dalam bidang pelancongan dan hospital, Anda dapat menghirup nafas udara segar sambil belajar di lokasi pelancongan tersebut.  Kolej Vokasional ini disi...

BUDI MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS SECARA ONLINE



BUDI MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS SECARA ONLINE

PM Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan bagi Program BUDI MADANI ini boleh dimulakan memohon mengikut syarat kelayakan tertentu. Bagi pemohon yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM200 setiap sebulan seiring program penyasaran subsidi diesel MADANI. Bantuan ini juga dilaksanakan bagi membantu penyasaran semula subsidi kepada yang berkelayakan dan memerlukan. 

Bagaimanakah kaedah semakan status bayaran BUDI MADANI secara online? Ikuti kaedah dan maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN SARA 2025 : BANTUAN RM100 & RM50 ONLINE

APAKAH ITU BANTUAN BUDI MADANI

BUDI MADANI adalah merupakan salah satu bantuan yang penting dalam Sumbangan Kerajaan Malaysia yang bertujuan bagi memastikan subsidi disalurkan hanya kepada golongan yang berkelayakan, demi memastikan kesejahteraan rakyat yang memerlukan terus terjaga.

Program BUDI MADANI dilaksanakan bagi menyalurkan subsidi bersasar kepada golongan yang memerlukan, bantuan yang meliputi sokongan kewangan untuk kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu, yang akan terus menerima subsidi bagi mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup dan menstabilkan kos harga barangan.

KAEDAH DAN TARIKH BAYARAN

Lulus Permohonan 1-30 Disember 2024: 

Pembayaran: 7 Januari 2025

Terdapat dua (2) cara bayaran seperti berikut dibawah:
  • Pembayaran terus dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah berdaftar sistem BUDI MADANI.
  • Tuntutan tunai di mana-mana Cawangan Bank (BSN). Sekiranya tiada akaun bank

SEMAKAN STATUS

Setelah permohonan dibuat, pemohon harus menyemak status permohonan tersebut (layak atau tidak) menerima bayaran BUDI Madani. 

Langkah-langkah bagi membuat semakan adalah seperti berikut:
  1. Layari pautan https://budimadani.gov.my.
  2. Klik [Log Masuk] di sebelah kanan.
  3. Masukkan no. MyKad, dan klik [Semak].
  4. Pastikan kata laluan keselamatan yang dipaparkan adalah benar.
  5. Jika benar, sila klik YA.
  6. Kemudian, masukkan kata laluan anda dan tekan [Log Masuk].
  7. Terlihat paparan akan menunjukkan beberapa pilihan.
  8. Tekan [Semakan Status].
  9. Selanjutnya, semak status kategori yang dipohon dan maklumat pembayaran.
  10. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Mengenai maklumat lanjut BUDI Madani anda boleh membuat rujukan dalam Portal Rasmi seperti berikut:
  • Laman web : https://budimadani.gov.my.
  • Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747.
  • Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
  • Alamat E-mel : budimadani@treasury.gov.my.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan Baharu/ Semakan Status E-Kasih

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Terkini! Hasil Semakan Di Portal MySTR