SEMAKAN KEPUTUSAN MUET ON DEMAND (MOD) 2025
Selain daripada tiga sesi peperiksaan MUET yang ditetapkan setiap tahun, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) turut menyediakan peluang kepada calon bagi menduduki peperiksaan MUET pada tarikh yang lebih sesuai melalui inisiatif MUET on Demand (MoD). Program ini direka bagi memberi kemudahan kepada calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan dalam kalendar peperiksaan rasmi. Peperiksaan MoD ini boleh diambil dalam dua format, iaitu secara Computer Based-Test (CBT) yang lebih moden dan secara Paper Based-Test (PBT) yang lebih efisien. Tarikh peperiksaan MoD akan diumumkan kepada orang ramai melalui laman web rasmi MPM, membolehkan calon mendapatkan maklumat terkini berkenaan peluang menduduki peperiksaan tersebut. Oleh itu, calon yang berminat untuk mengambil peperiksaan MoD ini boleh membuat permohonan seperti biasa mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh MPM.
Prosedur pendaftaran MoD adalah hampir sama dengan pendaftaran bagi peperiksaan MUET dimana calon yang mendaftar ujian ini perlu memastikan membawa slip pendaftaran peperiksaan MUET sebagai rujukan, Slip ini juga akan membantu calon dalam pengesahan pendaftaran semasa proses peperiksaan berlangsung. Selain itu, calon diingatkan membuat persediaan secara sendiri sebelum menghadapi peperiksaan tersebut, kerana pihak MPM tidak menyediakan atau mengendalikan sebarang kelas persediaan bagi peperiksaan MUET mahupun MoD, oleh dari itu, sangatlah penting bagi calon melakukan latihan dan persiapan mengikut keperluan ujian tersebut. Tarikh keputusan peperiksaan bagi kedua-dua ujian, MUET dan MoD, akan diumumkan oleh pihak MPM, dan keputusan tersebut juga boleh disemak oleh calon secara dalam talian bagi kemudahan calon untuk akses yang lebih mudah.
Bagaimana Cara Semakan Keputusan Muet On Demand? Ikuti Cara Dan Info Berikut Dibawah
BACA JUGA : CARA MEMOHON UTHM LEPASAN DIPLOMA / STPM PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN MOD
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan MoD 2025:
- Klik pada pautan Laman Rasmi MPM: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/
- Masukkan nombor kad pengenalan calon seperti yang didaftarkan dan klik butang "hantar"
TARIKH KEPUTUSAN MUET ON DEMAND (MOD) 2025
Tarikh-tarikh keputusan seperti berikut:
- JANUARI : 12.02.2025/ 13.02.2025
- FEBRUARI : 3.03.2025/ 4.03.2025
- MAC : 24.04.2025/ 25.04.2025
- APRIL : 13.05.2025
- MEI : 16.06.2025/ 17.06.2025
- JUN : 7.07.2025/ 8.07.2025
- JULAI : 8.08.2025/ 11.08.2025
- OGOS : 8.09.2025
- SEPTEMBER: 17.10.2025/ 21.10.2025
- OKTOBER : 3.11.2025
- NOVEMBER : 5.12.2025/ 8.12.2025
- DISEMBER : 30.12.2025
*Nota : Semua tarikh keputusan MUET on Demand, tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan makluman lanjut berkenaan Muet on Demand (MoD), sila layari laman portal rasmi MPM ataupun alamat berikut:
- Tel: 03-61261600
- Faksimile: 03-61361488
- E-mel: ceo@mpm.edu.my
- Portal MPM: www.mpm.edu.my
- Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
- Jadual Waktu Peperiksaan MUET On Demand 2025
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
Ulasan