Langkau ke kandungan utama

TARIKH PENTING UPU ONLINE 2025-2026


TARIKH PENTING UPU ONLINE 2025-2026 

Setiap tahun, para pemohon lepasan SPM dan STPM/Setaraf menantikan dengan penuh harapan pembukaan sistem UPU bagi memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Proses permohonan ini amat penting bagi menentukan hala tuju akademik mereka dan untuk sesi Akademik 2025/2026, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA akan memberikan peluang kepada lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi memohon kemasukan ke pelbagai program di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK), dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT). Dengan persiapan yang rapi serta perancangan yang teliti, pemohon dapat memastikan proses permohonan berjalan dengan lancar sekaligus membuka peluang untuk melangkah ke dunia akademik yang lebih cerah.

Bagaimana Cara Semakan Tarikh Penting Upu Online 2025-2026? Ikuti Cara Dan Info Berikut Dibawah

BACA JUGA : SEMAKAN KEPUTUSAN MUET ON DEMAND SECARA ONLINE 2025

TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2025

Sebagai pemohon yang berdaya saing, penting untuk sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting serta informasi yang diumumkan oleh pihak UPU. Dengan persiapan dan perancangan yang teliti, anda dapat mengelakkan kesulitan dan membuka peluang bagi perjalanan akademik yang lebih gemilang. Langkah ini amat penting bagi memastikan proses permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berjalan dengan lancar. 

Oleh itu, pastikan anda memberi perhatian serius terhadap tarikh-tarikh yang dinyatakan dan bersiap sedia untuk melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

APAKAH ITU SISTEM UPU?

Sistem UPU Online direka untuk memudahkan proses permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK), dan Mara Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) secara atas talian. Melalui sistem ini, pelajar boleh menghantar permohonan, memilih kursus yang dikehendaki, serta menyemak keputusan dengan cara yang lebih mudah dan efisien. Ini merupakan satu langkah yang amat berguna, khususnya kepada mereka yang berada jauh dari pusat pengajian tinggi.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Sebelum mengemukakan permohonan, pelajar dinasihatkan agar terlebih dahulu memeriksa kelayakan mereka. Setiap institusi mempunyai keperluan minimum yang berbeza bagi setiap program pengajian. Oleh sebab itu, adalah amat penting bagi pemohon untuk memahami syarat-syarat tersebut supaya tidak terlepas peluang melanjutkan pengajian. Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan melalui laman web rasmi UPU atau menghadiri karnival pendidikan yang dianjurkan.

1.Kelayakan SPM Untuk Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)

  • ASASI : Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya (Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu - Lulus Sejarah)
  • DIPLOMA : Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya (Tiga (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu - Lulus Sejarah)

2.kelayakan SPM Untuk Kemasukan Ke Politeknik/kolej Komuniti

  • SIJIL : Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya (Satu (1) kepujian - Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah)
  • ASASI : Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya (Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu - Lulus Sejarah)
  • DIPLOMA : Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya (Tiga (3) kepujian - Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah)

3.kelayakan SPM Untuk Kemasukan Ke MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT)

  • ASASI : Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya (Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu -Lulus Sejarah)
  • DIPLOMA : Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya (Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah)
*Nota : Kelayakan hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan /MyKad sahaja yang layak mengemukakan permohonan tersebut.

4.Syarat AM Lepasan STPM/Setaraf

Pemohon mestilah warganegara Malaysia, bermastautin tetap atau sementara, yang mempunyai kad pengenalan. Pemohon bukan warganegara Malaysia (Pemegang MyPR dan MyKAS) akan diproses tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan kategori bukan warganegara.
  • SPM - STPM 2024 :
  • (Kepujian Bahasa Melayu)
  • (Lulus Sejarah)
  • (PNGK 2.00)
  • (Gred C 2.00- dalam 3 Mata MUET Pelajaran termasuk Pengajian Am)
  • SPM - MATRIKULASI/ASASI 2024/2025 :
  • (Kepujian Bahasa Melayu)
  • (Lulus Sejarah)
  • (VPNGK 2.00)
  • SPM - STAM 2024 & 2023 :
  • (Kepujian Bahasa Melayu)
  • (Lulus Sejarah)
  • (PANGKAT JAYYID)
*Nota : harus mendapat sekurang- kurangnya (band 1) atau (band 1.0) keputusan Muet yang diperolehi ketika sebelum atau pada tarikh tutup permohonan dan rayuan tersebut, adalah sah akan diguna pakai sehingga tarikh pendaftaran semester 1 sesi 2025/2026.

5.Syarat AM Lepasan STPM/setaraf 

Pemohon mestilah warganegara Malaysia, bermastautin tetap atau sementara, yang mempunyai kad pengenalan. Pemohon bukan warganegara Malaysia (Pemegang MyPR dan MyKAS) akan diproses tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan kategori bukan warganegara.
  • DIPLOMA IPTA/ILKA/IPTS - SPM : 
  • (Kepujian Bahasa Melayu) 
  • (Lulus Sejarah) 
  • (Mempunyai kelulusan Diploma IPTA/ILKA/IPTS atau kelulusan lain yang diktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti)
  • STPM BUKAN TAHUN SEMASA - SPM :
  • (Kepujian Bahasa Melayu) 
  • (Lulus Sejarah) 
  • (Lulus peperiksaan STPM mendapat sekurang-kurangnya Gred C 
  • (PNGK 2.00) dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am)
  • MATRIKULASI / ASASI BUKAN TAHUN SEMASA -SPM :
  • (Kepujian Bahasa Melayu)
  • (Lulus Sejarah)
  • (PNGK minima 2.00)
  • STAM BUKAN TAHUN SEMASA - SPM :
  • (Kepujian Bahasa Melayu)
  • (Lulus Sejarah)
  • (Pangkat minima Jayyid)
  • PRA-U - SPM : 
  • (Kepujian Bahasa Melayu)
  • (Lulus Sejarah)
  • (Pra-U lulusan Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-level/International Baccaulaureate Diploma /AUSMAT yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti)
  • DIPLOMA TVET DVM/DKM/DLKM
  • (Mempunyai kelulusan diploma yang diiktiraf Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti)
  • Pengecualian syarat MUET Sebagai syarat am permohonan kemasukan lepasan STPM/Setaraf ke Malaysla Technical University Network (MTUN) kepada Lepasan DVM
*Nota : Syarat am lepasan STPM/Setaraf
mendapat sekurang-kurangnya (band 1) atau (band 1.0) keputusan Muet yang diperoleh sebelum atau pada tarikh tutup permohonan dan rayuan adalah sah akan diguna pakai sehingga tarikh pendaftaran semester 1 sesi 2025/2026.

TARIKH-TARIKH PENTING UPU SESI AKADEMIK 

Berikut dikongsikan tarikh penting yang perlu diambil perhatian oleh semua pemohon yang ingin membuat permohonan melalui sistem UPU Online bagi sesi akademik 2025/2026:

Tarikh - Perkara
  • 9 Februari 2025 - 15 Mei 2025 : Nombor unik ID BSN dibuka dan mula dijual
  • 10 Februari 2025 - 14 Mac 2025 :  Permohonan UPU Online (Fasa 1) dibuka
  • 14 Apri 2025 - 16 Mei 2025 :  Permohonan UPU Online (Fasa 2) dibuka
  • Semakan panggilan temuduga lepasan SPM
  • Temuduga dan Ujian lepasan SPM.
  • Panggilan ujian Medsi lepasan STPM setaraf
  • Ujian Medsi dimulakan
  • Pembukaan semula UPUOnline untuk lepasan SPM
  • Semakan Panggilan Temu Duga/ Ujian Khas Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
  • Temuduga dan Ujian lepasan STPM setaraf
  • Pembukaan semula UPUOnline untuk lepasan SPM ditutup
  • Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
  • Hebahan status tawaran untuk lepasan SPM dan rayuan ke UA dan politeknik premier dibuka
  • Rayuan lepasan SPM ditutup (Dalam tempoh 10 hari daripada hebahan keputusan diumumkan)
  • Kemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar
  • Kemaskini Maklumat Akademik (Lepasan STPM/STAM) & Muat Naik Dokumen (Diploma/ Setaraf) untuk program pengajian tanpa temuduga/ujian Dibuka
  • Hebahan keputusan bagi rayuan lepasan SPM
  • Hebahan kedua keputusan bagi rayuan lepasan SPM
  • Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Dibuka
  • Kemaskini Pilihan Program Pengajian berdasarkan keputusan sebenar (Lepasan STPM/Diploma/ Setaraf)
  • Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Ditutup
  • Kemaskini Dokumen (Diploma/ Setaraf) Ditutup
  • Hebahan tawaran bagi lepasan STPM dan setaraf dan rayuan STPM dan setaraf
  • UPUOnline Rayuan STPM / Setaraf Ditutup
  • Hebahan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf
  • Hebahan tawaran Lepasan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1 ditutup
  • Hebahan tawaran Lepasan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2

MAKLUMAT LANJUT 

Pemohon disarankan bagi sentiasa memantau laman web serta media sosial UPU bagi memperoleh maklumat terkini mengenai permohonan, tawaran, dan informasi penting lainnya. Selain dari itu, menyertai karnival pendidikan merupakan cara yang baik bagi mendapatkan informasi secara langsung daripada wakil Institusi Pengajian Tinggi serta bagi mengajukan sebarang pertanyaan yang timbul. BPKA/JPT turut akan menyebarkan maklumat berkaitan melalui laman sesawang mereka. 

Ulasan